Allah SWT berfirman,
"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Aku, tiada sekutu bagi-Ku dan
Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.
Barangsiapa yang tak rela
dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku,
dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya ia menyembah tuhan
selain-Ku.
Barangsiapa yang sedih
terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah ia sedang murka kepada-Ku. Siapa yang
mengeluh atas suatu musibah, bererti ia telah mengeluhkan-Ku. Siapa yang
mendatangi orang kaya, lalu ia merendahkan diri kerana kekayaannya, maka
hilanglah dua pertiga agamanya.
Siapa yang memukul
wajahnya kerana kematian seseorang, seolah-olah ia telah mengambil tembok untuk
memerangi-Ku. Siapa yang mematahkan kayu di atas kubur, seolah-olah ia telah
menghancurkah Ka'bah-Ku dengan tangannya.
Siapa yang tak peduli
darimana ia mendapat makanan, maka Allah juga tak peduli dari pintu mana ia
akan dimasukkan ke neraka Jahanam. Siapa yang tak bertambah agamanya, bererti
ia merugi. Sedangkan orang yang merugi, mati adalah lebih baik baginya.
Barangsiapa yang
mengamalkan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan untuknya ilmu yang
tidak ia ketahui. Serta siapa yang panjang angan-angan, maka amalnya tidak akan
ikhlas."
--Imam Al-Ghazali dalam
Kimiya As-Sa'adah
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.
"Sang imam berkata,
"Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau
tergelincir."
Anak kecil ini pun
tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu
namamu, tuan?", tanya si anak kecil.
"Nu'man
namaku.", jawab sang imam.
"Jadi, tuan lah yang
selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?",
tanya si anak kecil.
"Bukan aku yang
memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran
itu kepadaku."
"Wahai Imam, hati-hati
dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana
gelaran."
"Sepatu kayuku ini
mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat
menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."
Ulama besar yang diikuti
banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi)
bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.
Betapa banyak manusia
tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu
kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.
Ya Karim!
Semoga kita menjadi
seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.