*Bismillah - Dengan nama Allah, bertaubatlah ... Kerna
taubat itu pintu masuk kepada kasih sayang Allah... Jika kamu tidak mahu dengar
nasihat ini ... Bujuklah hatimu yang keras,
katakan kepadanya, sesungguhnya setiap nasihat yang 'baik' datangnya dari Allah
jua ... Kerna Allah tidak akan berbicara kepadamu melainkan Dia berbicara
denganmu melalui tirai hijab lidah-lidah para hamba-hamba-Nya.
Bertaubatlah selagi mana ayat 'taubat' ini tidak
sirna dari ingatanmu ... Bila ia lupus dari ingatan, belum tentu kamu
menemuinya lagi di lain masa & waktu kerena mungkin "maut" lebih
awal menjemputmu pulang ....
Bertaubatlah - jika kamu bertaubat, muka bumi ini
akan ringan dari dosa-dosa & kejahatan... Kebencian akan bertukar kasih
sayang .... Yang keruhpun akan kembali jernih dan di muka pintu nerakapun akan
"terpadamnya" sinari nama-nama
yang telah siap terpahat, termasuklah "namamu sendiri" ..... Ya
namamu akan terpadam dari pintu-pintu neraka Allah jika kamu mahu bertaubat
hari ini.
Bertaubatlah - Sekalipun di loh-mahfus usiamu cuma
tinggal 'setahun lagi' .... atau 'sebulan lagi' ... atau 'seminggu lagi' ....
atau cuma 'sehari lagi' buatmu, tapi jika kamu ingin bertaubat 'saat' ini, maka
Allah masih sedia menerima kamu walaupun amal solehmu tidak melayakkan kamu ke
syurga Allah... ...Tetapi jika kamu 'iklas' bertaubat, Dia akan memberi kamu
"jalan mudah" untuk kamu sampai ke syurga-Nya, kerna Rahmat Allah
lebih luas dari kemurkaan-Nya, atas kerna itu segalanya "mungkin" di
dalam ilmu perhitungan-Nya.
Bertaubatlah - masih ingat lagi kisah si pelacur di
masukkan ke syurga atas kerna memberi minum anjing yang sedang dahaga?
... Apakah yang kamu faham tentang kisah ini jika
kamu masih punya akal untuk berfikir? ... Kisah ini sebenarnya mempunyai
"rahsia" terbesar tentang "taubat", "sifat iklas"
dan "sifat Allah" tersembunyi jika kamu mahu memikirkannya ....
... Jika Allah ingin mengampuni dosa seseorang itu
(walaupun seorang pelacur yang amat hina pada kacamata manusia), maka
"Dia" akan membukakan Pintu Rahmat-Nya kepada hamba-Nya yang
terpilih, lalu dibukakan oleh-Nya "JALAN PINTAS" kepada hamba-Nya itu
jalan mudah untuk sampai ke syurga-Nya walaupun hamba-Nya itu selayaknya
menjadi penghuni neraka-Nya.
Tetapi jika seseorang hamba-Nya mempunyai sifat
"ikhlas" di hatinya, maka yang nerakapun bisa ke syurga .... dengan
rahmat Allah, segalanya mungkin walaupun ia sukar diterima oleh akal.
Kisah ini juga menjelaskan bahawa
"rahmat" dan "kasih sayang Allah" amat luas buat
hamba-hamba-Nya yang "ikhlas" ... Dengan sifat "ikhlas",
kemurkaan Allah bisa cair...
.... Dengan sifat "ikhlas", terbukalah
pintu rahmat-Nya...
...... Dengan sifat "ikhlas", Allah
membuka jalan mudah ke syurga-Nya ...
.... Dengan sifat "ikhlas", dosa dengan
Allah bisa terampun ....
... Dan dengan sifat "ikhlas" yang
tertanam di hati pelacur itu jugalah, Dia menghantarkan anjing dahaga kepada si
Pelacur.. Maka sifat "iklas" yang ada di dalam hati setiap para
hamba-hamba-Nya itu pasti ada "nilainya" di sisi Allah s.w.t.
Bertaubatlah sekiranya di hatimu masih tersimpan
"sifat ikhlas" kepada-Nya, maka Dia pasti tidak akan mengecewakanmu
dengan rahmat kasih sayang & pengampunan-Nya ... Lalu Dia akan mendatangkan
kamu "jalan mudah" untuk kamu ke syurga-Nya. - amin.
Tambahan : "Menghadirkan Ikhlas Dalam
Hati"
(1) Pelihara lidah hati dari mengeji mencela sesama
makhluk Allah. Sekiranya lidah hati kamu telah baik & "berakhlak
mulia", maka lidah zahir kamupun akan turut "baik" dan
"jinak" pada mata pendengaran Allah. Jika lidah hati telah 'baik'
terdidik, maka ia salah satu sebab utama lahirnya sifat iklas yang ditanam oleh
Allah ke dalam hati hamba-hamba-Nya yang 'terpilih' .. Jika ingin jadi yang
'terpilih', maka kuncinya : qalbu hati bersih, lidah hati baik, dan dibajai
qalbu hati dengan zikirullah agar benih pokok "iklas" yang ditanam
Allah itu tumbuh dengan baik sempurna hinggalah ia "berbuah" &
mendatangkan hasil serta "buah" yang baik lalu akan dibeli kembali
oleh Allah dengan nilai harga yang amat tinggi.
Bekas buah yang akan membawa hasil
buah-buahan(amalan hati ini) ini adalah dengan bekas bakul(amal soleh jasad
luaran kita) ...
...Maka Allah hanya akan membeli buah-buahan
(amalan hati) yang baik sahaja. Orang yang menjual "buah" yang BUSUK
di dalam bakul bekas yang baik(amalan soleh yang hebat), maka Allah tidak akan
menerimanya dan tidak sudi membeli buah-buah yang "busuk" dari para
hamba-Nya sekalipun "buah busuk" itu di bawa di dalam bekas bakul
emas yang cantik. Maka kamu tidak mungkin menjadi "insan-insan"
terpilih-Nya sekalipun amal solehmu sama banyak dengan amal soleh para rasul
silam.
.... Tetapi Allah akan tetap menerima
"buah-buahan" yang baik(hati) dan segar dari kamu dan sudi membeli
buah itu sekalipun kamu membawa buah-buahan (amalan hati) itu dalam bekas yang
hodoh dan buruk(amal soleh yg kurang sempurna atau tiada), tetapi jika
"buah baik"(qalbu yang baik & iklas) dipersembahkan kepada Allah
s.w.t, maka Allah tetap akan memilihmu sebagai Hamba-Hamba-Nya "Yang
Terpilih" sebagai Ahli-Ahli-Nya yang mendapat rahmat yang besar :
Maksud Hadis Qudsi : Allah S.W.T berfirman
(maksudnya) "Aku menyembunyikan sifat iklas di dalam hati hamba-hamba-Ku
yang 'Terpilih' ... Dan dengan sifat iklas ini, mereka mendapat
"keselamatan".
(dirujukkan kembali kepada si pelacur yang
"iklas" memberi minum anjing yang dahaga. Dengan adanya
"iklas" di hati pelacur itu, lalu Allah menghantarkan 'suatu sebab'
yang menyebabkan si pelacur itu mudah sampai ke syurga) ...
.... "Sifat Iklas itu adalah rahsia terbukanya
pintu kasih sayang dan Rahmat Allah Ke Atas Dirimu ... Jika ingin
"Iklas" hadir ke Hatimu ... Bertaubatlah - dan Didiklah Lidah Hati
Agar Menjadi Baik Dan Tidak Buas Seperti Serigala Ganas Yang Menerkam Sesiapa
Sahaja Di Depan Mata. - amin wassalam.