Rabu, 15 Januari 2014

"MENGENAL ERTI 'IKLAS' DALAM TAUBAT" (Rahsia Allah Jalan Mudah Ke Syurga-Nya)



*Bismillah - Dengan nama Allah, bertaubatlah ... Kerna taubat itu pintu masuk kepada kasih sayang Allah... Jika kamu tidak mahu dengar nasihat ini ... Bujuklah hatimu yang keras, katakan kepadanya, sesungguhnya setiap nasihat yang 'baik' datangnya dari Allah jua ... Kerna Allah tidak akan berbicara kepadamu melainkan Dia berbicara denganmu melalui tirai hijab lidah-lidah para hamba-hamba-Nya.

Bertaubatlah selagi mana ayat 'taubat' ini tidak sirna dari ingatanmu ... Bila ia lupus dari ingatan, belum tentu kamu menemuinya lagi di lain masa & waktu kerena mungkin "maut" lebih awal menjemputmu pulang ....

Bertaubatlah - jika kamu bertaubat, muka bumi ini akan ringan dari dosa-dosa & kejahatan... Kebencian akan bertukar kasih sayang .... Yang keruhpun akan kembali jernih dan di muka pintu nerakapun akan "terpadamnya" sinari  nama-nama yang telah siap terpahat, termasuklah "namamu sendiri" ..... Ya namamu akan terpadam dari pintu-pintu neraka Allah jika kamu mahu bertaubat hari ini.

Bertaubatlah - Sekalipun di loh-mahfus usiamu cuma tinggal 'setahun lagi' .... atau 'sebulan lagi' ... atau 'seminggu lagi' .... atau cuma 'sehari lagi' buatmu, tapi jika kamu ingin bertaubat 'saat' ini, maka Allah masih sedia menerima kamu walaupun amal solehmu tidak melayakkan kamu ke syurga Allah... ...Tetapi jika kamu 'iklas' bertaubat, Dia akan memberi kamu "jalan mudah" untuk kamu sampai ke syurga-Nya, kerna Rahmat Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya, atas kerna itu segalanya "mungkin" di dalam ilmu perhitungan-Nya.

Bertaubatlah - masih ingat lagi kisah si pelacur di masukkan ke syurga atas kerna memberi minum anjing yang sedang dahaga?

... Apakah yang kamu faham tentang kisah ini jika kamu masih punya akal untuk berfikir? ... Kisah ini sebenarnya mempunyai "rahsia" terbesar tentang "taubat", "sifat iklas" dan "sifat Allah" tersembunyi jika kamu mahu memikirkannya ....

... Jika Allah ingin mengampuni dosa seseorang itu (walaupun seorang pelacur yang amat hina pada kacamata manusia), maka "Dia" akan membukakan Pintu Rahmat-Nya kepada hamba-Nya yang terpilih, lalu dibukakan oleh-Nya "JALAN PINTAS" kepada hamba-Nya itu jalan mudah untuk sampai ke syurga-Nya walaupun hamba-Nya itu selayaknya menjadi penghuni neraka-Nya.

Tetapi jika seseorang hamba-Nya mempunyai sifat "ikhlas" di hatinya, maka yang nerakapun bisa ke syurga .... dengan rahmat Allah, segalanya mungkin walaupun ia sukar diterima oleh akal.

Kisah ini juga menjelaskan bahawa "rahmat" dan "kasih sayang Allah" amat luas buat hamba-hamba-Nya yang "ikhlas" ... Dengan sifat "ikhlas", kemurkaan Allah bisa cair...
.... Dengan sifat "ikhlas", terbukalah pintu rahmat-Nya...
...... Dengan sifat "ikhlas", Allah membuka jalan mudah ke syurga-Nya ...
.... Dengan sifat "ikhlas", dosa dengan Allah bisa terampun ....
... Dan dengan sifat "ikhlas" yang tertanam di hati pelacur itu jugalah, Dia menghantarkan anjing dahaga kepada si Pelacur.. Maka sifat "iklas" yang ada di dalam hati setiap para hamba-hamba-Nya itu pasti ada "nilainya" di sisi Allah s.w.t.

Bertaubatlah sekiranya di hatimu masih tersimpan "sifat ikhlas" kepada-Nya, maka Dia pasti tidak akan mengecewakanmu dengan rahmat kasih sayang & pengampunan-Nya ... Lalu Dia akan mendatangkan kamu "jalan mudah" untuk kamu ke syurga-Nya. - amin.

Tambahan : "Menghadirkan Ikhlas Dalam Hati"
(1) Pelihara lidah hati dari mengeji mencela sesama makhluk Allah. Sekiranya lidah hati kamu telah baik & "berakhlak mulia", maka lidah zahir kamupun akan turut "baik" dan "jinak" pada mata pendengaran Allah. Jika lidah hati telah 'baik' terdidik, maka ia salah satu sebab utama lahirnya sifat iklas yang ditanam oleh Allah ke dalam hati hamba-hamba-Nya yang 'terpilih' .. Jika ingin jadi yang 'terpilih', maka kuncinya : qalbu hati bersih, lidah hati baik, dan dibajai qalbu hati dengan zikirullah agar benih pokok "iklas" yang ditanam Allah itu tumbuh dengan baik sempurna hinggalah ia "berbuah" & mendatangkan hasil serta "buah" yang baik lalu akan dibeli kembali oleh Allah dengan nilai harga yang amat tinggi.

Bekas buah yang akan membawa hasil buah-buahan(amalan hati ini) ini adalah dengan bekas bakul(amal soleh jasad luaran kita) ...

...Maka Allah hanya akan membeli buah-buahan (amalan hati) yang baik sahaja. Orang yang menjual "buah" yang BUSUK di dalam bakul bekas yang baik(amalan soleh yang hebat), maka Allah tidak akan menerimanya dan tidak sudi membeli buah-buah yang "busuk" dari para hamba-Nya sekalipun "buah busuk" itu di bawa di dalam bekas bakul emas yang cantik. Maka kamu tidak mungkin menjadi "insan-insan" terpilih-Nya sekalipun amal solehmu sama banyak dengan amal soleh para rasul silam.

.... Tetapi Allah akan tetap menerima "buah-buahan" yang baik(hati) dan segar dari kamu dan sudi membeli buah itu sekalipun kamu membawa buah-buahan (amalan hati) itu dalam bekas yang hodoh dan buruk(amal soleh yg kurang sempurna atau tiada), tetapi jika "buah baik"(qalbu yang baik & iklas) dipersembahkan kepada Allah s.w.t, maka Allah tetap akan memilihmu sebagai Hamba-Hamba-Nya "Yang Terpilih" sebagai Ahli-Ahli-Nya yang mendapat rahmat yang besar :

Maksud Hadis Qudsi : Allah S.W.T berfirman (maksudnya) "Aku menyembunyikan sifat iklas di dalam hati hamba-hamba-Ku yang 'Terpilih' ... Dan dengan sifat iklas ini, mereka mendapat "keselamatan".
(dirujukkan kembali kepada si pelacur yang "iklas" memberi minum anjing yang dahaga. Dengan adanya "iklas" di hati pelacur itu, lalu Allah menghantarkan 'suatu sebab' yang menyebabkan si pelacur itu mudah sampai ke syurga) ...

.... "Sifat Iklas itu adalah rahsia terbukanya pintu kasih sayang dan Rahmat Allah Ke Atas Dirimu ... Jika ingin "Iklas" hadir ke Hatimu ... Bertaubatlah - dan Didiklah Lidah Hati Agar Menjadi Baik Dan Tidak Buas Seperti Serigala Ganas Yang Menerkam Sesiapa Sahaja Di Depan Mata. - amin wassalam.