Rabu, 09 Januari 2013

Wanita



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
Aku….. hanya ingin engkau mencintaiku dalam sebentuk kesederhanaan jiwaku tanpa terbius oleh rangkaian dari kataku, yang sebagian dalam guratannya kutuang sebagai penutup kelabu hatiku dibalik kaca bening maya.
Hingga,
satu nama dalam dua jiwa kan menyatu di sakralnya janji suci, dan akan selalu terkenang disudut bibir para penyair serta juga pujangga yang meng-agung-kan cinta.

Tidak ada komentar: