Minggu, 27 Januari 2013

Yang Membatal-Kan




Yang membatalkan solat

Apakah perkara-perkara yang membatalkan solat?
Perkara-perkara yang membatalkan Solat adalah seperti berikut:
* Meninggalkan salah satu rukun solat
* Berhadas kecil atau besar
* Makan atau minum
* Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
* Berkata-kata
* bersuara seperti menangis dan meraung kesakitan secara berlebih-lebihan
* Berpaling dada daripada arah kiblat
* Ketawa dengan mengeluarkan suara
* Terbuka aurat dengan sengaja
* Berubah niat
* Murtad

Sahkah solatnya seorang wanita yang terdedah auratnya ketika solat?
Aurat yang terdedah ketika solat akan menyebabkan solat tersebut tidak sah. Oleh itu, wanita tersebut harus memastikan bahawa auratnya tidak akan terdedah kita bersolat. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dengan memakai stoking. Walaubagaimanapun, jika wanita tersebut tidak sedar bahawa auratnya terdedah ketika bersolat, maka solat itu masih dianggap sah kerana kesahihan solat bergantung kepada kesedaran orang yang menunaikan solat tersebut.

Sahkah solatnya seseorang yang memakai alat solekan seperti make-up?
Solat dengan memakai makeup adalah sah selagi sewaktu mengambil wuduk, solekan tersebut telah dibersihkan supaya air boleh meresap ke kulit, dan selagi solekan tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis.

Adakah sah wudhu dan solat seseorang yang ada tattoo di tubuhnya?
Oleh kerana tattoo adalah warna yang dimasukkan di bawah kulit, maka wuduk tetap sah kerana air masih terkena kulit. Oleh itu, solat juga sah. Tetapi samada diterima oleh Allah atau tidak, itu hal kedua. Orang yang ada tattoo wajib segera bertaubat dan menyesal atas perbuatannya itu. Dan cuba seberapa daya untuk menghilangkan tattoo tersebut.

Bolehkah seseorang lelaki itu bersolat diatas sejadah yang diperbuat dari sutera atau memakai tali leher yang diperbuat dari sutera?
Lelaki Islam tidak dibenarkan memakai sutera tulen. Hanya pakaian yang kandungan suteranya kurang dari 50% dibenarkan. Lelaki yang memakai tali leher yang diperbuat dari 100% sutera, solatnya tidak batal, akan tetapi dia telah melakukan dosa kerana memakai bahan sutera. Bagi sejadah yang diperbuat dari sutera, ia dibolehkan.

Adakah diterima solatnya orang yang minum arak?
Orang yang dengan sengaja minum arak tidak akan diterima solatnya selama 40 hari, iaitu ia tidak akan diberi pahala atas solatnya itu.
Namun, is masih berkewajipan untuk mengerjakan solat kerana dengan tidak mengerjakan solat, ia akan menambah lagi dosanya.

Bolehkah solat dibatalkan untuk uruskan anak yang mengganggu atau yang sedang menangis?
Boleh batalkan solat atas sebab-sebab tertentu tanpa berdosa. Tetapi selagi mana solat boleh diteruskan tanpa apa-apa gangguan, maka lebih baik diteruskan.

Sekiranya tersalah baca ketika solat bolehkah membaikinya dengan beristighfar lalu membaca zikir yang betul?
Jika tersalah baca kemudian tersedar, hendaklah dibaca zikirnya yang betul kembali. Namun, tidak perlu beristighfar.
By. Cak JO. BTW. Tn.Abang